Pembukaan Sekolah Semula Bagi Sekolah Harian Berasrama

Makluman kepada ibubapa penjaga Asrama Pusat Kota Tinggi

Untuk kemasukan semula ke Asrama Pusat Kota Tinggi. Beberapa perkara perlu di ambil perhatian:

Tarikh : 14hb Julai 2020
Hari : Selasa
Masa : 8.00 pagi – 10.00 pagi

1. Penjaga perlu menghantar penghuni asrama sebelum jam 10 pagi kerana akan ada taklimat kepada PENGHUNI pada jam 10 pagi. Kehadiran adalah WAJIB.

2. Penjaga perlu menyediakan hand sanitizer dan mask secukupnya untuk kegunaan penghuni.

3. Penghuni akan ditempatkan di dalam dorm yang ditetapkan oleh pihak pengurusan asrama. (penghuni mungkin tidak berada dalam dorm asal)

4. Penghuni berkemungkinan besar akan terus tinggal di asrama selama 3 bulan tanpa outing dan balik kampung bermalam (Menyambut Aidiladha di asrama)

5. Ibubapa tidak boleh melawat anak anak penghuni. Hanya dibenarkan menghantar barang di pondok jaga sahaja.

6. Sekiranya ada kes kecemasan perlu berhubung dengan Penguasa Asrama

7. Ibubapa tidak dibenarkan naik ke dorm semasa menghantar anak anak penghuni pada hari Selasa. Sebaiknya sediakan barang keperluan seperti barang mandi dan barang bekalan makanan untuk stok anak anak.

8. Sekiranya ada ibubapa yang mengambil keputusan untuk tidak menghantar anak anak penghuni kembali ke asrama. Mohon maklumkan kepada pihak pengurusan.

Terima kasih atas kerjasama.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022