Taklimat Pembukaan Sekolah Semula

Taklimat pembukaan sekolah semula telah diadakan pada 9 Julai 2020 di Dewan seri Tun Habab. Taklimat yang disampaikan oleh cikgu Zakaria bin Abd. Jalil, pengetua SMK Tun Habab bertujuan untuk memberi penerangan kepada semua guru agar lebih bersedia untuk menerima pelajar tingkatan 1 hingga 4. 

Beberapa langkah proaktif telah diambil oleh pihak pentadbiran sekolah bagi menangani beberapa isu yang mungkin akan timbul semasa sesi persekolahan bagi sesi petang kelak.

Semoga proses persekolahan pasca PKP ini akan berjalan lancar mengikut SOP yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022