Puan Azlina Johan Menggubah Bunga

Pada 7 Mac 2020, Panitia Pendidikan Islam telah menghadiri Hari terbuka Madrasah Al Jauhar yang diketuai oleh ustazah Norhafizah binti Ismail. Beberapa orang pelajar telah menyertai beberapa pertandingan yang diadakan. Berikut adalah keputusan yang telah dicatatkan oleh pelajar dan guru Glorious Tun Habab. Pertandingan Gubahan Bunga telah dimenangi oleh Puan Azlina binti Ahmad. Manakala Syarahan Bahasa Melayu disertai oleh Balqis Humairah binti Mohd Said dan Azierul Aziemie bin Yazid.

Bagi acara Syarahan Bahasa Inggeris pula Nur Hanis Shafikah binti Hasni Salleh mendapat tempat ketiga. Bagi pertandingan Berzanji Rawi 7 pula disertai oleh Mohd Fazhli bin Sarudin dan acara Seni Khat disertai oleh Muhammad Adam bin Norizam dan Aiman Safwan bin Md Shahir mendapat tempat kedua kedua.

Tahniah kepada guru penasihat dan pelajar yang menyertainya.

 

 

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022