Jelajah Pulau-Pulau di Mersing

Pada 6 Mac 2020, Kelab Guru dan Kakitangan SMK Tun Habab telah menganjurkan program Jelajah Pulau-Pulau di Mersing yang bertemakan A Day Trip To see The Beautiful View And Snorkelling. Program dijadualkan bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang melibatkan pelbagai aktiviti hiking, snorkelling dan bergambar sekitar pulau-pulau berhampiran. Aktiviti yang diketuai oleh cikgu Mohd Shahril bin Suleiman dan cikgu Norazlina binti Mat Husin ini adalah bertujuan untuk melihat keindahan Alam ciptaan Allah, disamping dapat menghilangkan tekanan dan merupakan aktviti yang seronok dilakukan bersama keluarga.

Tahniah diucapkan kepada KGK Glorious Tun Habab.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022