Perhimpunan Rasmi dan Penyampaian Hadiah

Perhimpunan rasmi pada 1 Mac 2020 telah dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor dan lagu Negaraku. Diikuti dengan bacaan doa dan laporan daripada guru bertugas iiatu cikgu Hajah Nurhanisah Sarjit binti Abdullah. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada semua peserta yang menyertai pelbagai pertandingan dan kejohanan sepanjang minggu ini. Hadiah telah disampaikan oleh cikgu Norzita binti Yunus, PK Kokurikulum SMK Tun Habab.

Sebelum perhimpunan tamat, pengetua SMK Tun Habab, cikgu Zakaria bin Abd. Jalil telah menyampaikan beberapa maklumat penting berkaitan dengan keputusan STPM 2019 yang telah diumumkan pada 25 Februari 2020 dan SPM 2019 yang bakal diumumkan pada 5 Mac 2020. Sebelum itu, keputusan STPM 2020 bagi semester 1 akan turut diumumkan pada 3 Mac 2020.

Majlis diakhiri dengan lafaz ikrart oleh pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6 dan nyanyian lagu Anak Suria.

 

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022