Kem Pemimpin Hebat

Pada 27 dan 28 Februari 2020 telah diadakan Kem Pemimpin Hebat 2020 yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid. Ketua program, cikgu Hamaliah binti Arifin (PK Hal Ehwal Murid) sangat bersyukur kerana program ini dapat berjalan dengan lancar. Kem yang berlangsung di Savannah Hill, Ulu Tiram telah mengumpulkan semua barisan pemimpin pelajar di sekolah seperti pengawas, pengawas pusat sumber, Duta Penggerak Digital, pengawas Badan Dakwah dan Kerohanian dan Student Leaders Board (SLB).

Pelbgai aktiviti telah dijalankan seperti kursus kepimpinan, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), latihan kecergasan dan Qiamullail. Program yang dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling turut mendapat bantuan daripada bekas SLB SMK Tun Habab dan Majlis pErwakilan Pelajhar Tingkatan 6.

Tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang meluangkan masa menyertai dan memberi sokongan kepada program ini.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022