Perhimpunan Rasmi dan Penyampaian Hadiah Kokurikulum

Perhimpunan rasmi telah berlangsung pada setiap hari Ahad setiap minggu edisi 23 Februari 2020. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor dan Negaraku. Diikuti dengan bacaan doa dan laporan daripada guru bertugas, cikgu Mohd Shahril bin Suleiman.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada semua pemenang yang telah menunjukkan aksi yang cemerlang sepanjang kejohanan peringkat MSSD Kota Tinggi dimana SMK Tun Habab telah muncul sebagai juara keseluruhan dalam beberapa acara sukan seperti hoki, bola tampar, merentas desa, bola jaring dan catur.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan semua guru yang terlibat dalam pasukan sama ada sebagai jurulatih atau pengurus pasukan. Tahniah juga kepada cikgu Norzita binti Yunos selaku Penolong Kanan Kokurikulum yang turut sama turun padam bersama-sama dengan pelajar dan guru.

Majlis diakhiri dengan lafaz ikrar oleh pelajar-pelajar dna nyanyian lagu Anak Suria.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022