Penyerahan Bendera Kontinjen Olahraga

Majlis penyerahan bendera dan spike kepada kontinjen Olahraga SMK Tun Habab telah berlangsung pada 20 Februari 2020 di Dewan Seri Tun Habab. Cikgu Boopathy a/l Ramasamy merupakan Ketua Kontinjen Glorious Tun Habab yang menerima bendera daripada cikgu Zakaria bin Abd. Jalil, pengetua SMK Tun Habab. Turut berlangsung ialah penyerahan spike kepada pasukan olahraga SMK Tun Habab. Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Kota Tinggi akan berlangsung pada 23 hingga 27 Februari 2020 di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Bandar Penawar.

Semua warga SMK Tun Habab mendoakan agar kontinjen Glorious Tun Habab akan pulang dengan membawa kejayaan yang cemerlang.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022