KRS Tournament Perak Challenge 2020

KRS Tournament Perak Challenge 2020 peringkat kebangsaan telah diadakan pada 21 dan 22 Februari 2020 di SMK Sri Kurau, Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan. SMK Tun Habab telah menghantar beberapa orang ahli KRS yang menyertai program ini untuk menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan dan mencatatkan beberapa keputusan berikut. Johan Hafazan bagi katgeori perempuan dimenangi oleh Ashmirrah Nashihin binti Zahlan. Manakala Wafiy bin Anwar menjadi johan bagi kategori menulis esei (lelaki). 7 aktiviti lain turut dimenangi oleh pasukan KRS Glorious Tun Habab di tempat ketiga pada aktiviti berikut.

1. Hafazan (L)
2. Eksplorace (L/P)
3. Merentas Halangan (L/P)
4. Gubahan Buahan (P)
5. Nasyid (L/P)
6. Sepak Raga Ratus (L)
7. Tarian Tradisional (P)

Tahniah kepada pelajar dan terima kasih kepada pengetua, pentadbir dan guru-guru dalam memberikan sokongan kepada pelajar-pelajar.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022