Pelancaran Program Jom Ke Sekolah

Pelancaran Program Jom Ke Sekolah telah berlangsung pada 17 Februari 2020 di Dewan Seri Tun Habab. Program yang berlangsung di semua sekolah bertujuan untuk menggalakkan semua pelajar hadir ke sekolah untuk menimba ilmu dan kemahiran dengan bimbingan guru-guru.

Program dimulakan dengan kehadiran Inspektor Nor Nazliyana bt Akbar, Pegawai Penyiasat Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi dimana beliau bersama-sama dengan pengetua SMK Tun Habab, cikgu Zakaria bin Abd. Jalil menyambut kehadiran para pelajar ke sekolah.

Majlis dimulakan dengan lagi Bangsa Johor dan Negaraku serta bacaan doa. Sedikit taklimat ringkas daripada cikgu Hamaliah binti Ariffin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan ucapan daripada cikgu Zakaria. Diikuti dengan ucapan perasmian daripada Inspektor Nor Nazliyana.

Dua buah kelas diumumkan dengan kehadiran 100% bagi bulan Januari iaitu kelas 3 Al Biruni dan 6 S2 Al Biruni menerima trofi dan kupon makan percuma.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022