SMK Tun Habab Johan Keseluruhan Kejohanan Hoki MSSD

Tahniah kepada pasukan Hoki Glorious Tun Habab apabila berjaya memenangi kedua-dua kategori lelaki dan perempuan pada Kejohanan Hoki MSSD Kota Tinggi yang berlangsung pada 12 Februari 2020 di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar. 

Kedua-dua pasukan Hoki SMK Tun Habab berjaya menewaskan semua pasukan yang bertanding iaitu SMK Seri Aman, SM Sains Kota Tinggi, SMK Bandar Easter dan SMK Bandar Penawar.  Ia juga merupakan satu sejarah yang gemilang apabila menang tanpa bolos bagi kedua-dua kategori.

Tahniah kepada jurulatih dan semua pemain Hoki SMK Tun Habab atas kejayaan yang sangat cemerlang ini.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022