Kejohanan Olahraga Tahunan Berlangsung Meriah

Tahniah diucapkan kepada semua guru dan pelajar rumah Tuah apabila berjaya mengekalkan kejuaraan berturut-turut. Kepada rumah Jebat, Lekir dan Kasturi, moga berusaha lagi pada tahun hadapan.

Terdahulu Kejohanan Olahraga Tahunan Kali 48 ini dimulakan dengan Perbarisan Lintas Hormat yang terdiri daripada kontinjen rumah sukan yang bertanding.  Ucapan perasmian oleh Encik Zamri bin Safri, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pembangunan Murid dan beliau telah dibawa untuk memeriksa perbarisan semua kontinjen dengan diiringi oleh cikgu Zakaria bin Abd. Jalil, pengetua SMK Tun Habab.  

Kejohanan diteruskan dengan acara-acara seperti 200m, tarik tali dan 4 x 100m lari berganti-ganti. Turut memeriahkan kejohanan ialah gerai-gerai jualan oleh pelajar-pelajar Glorious Tun Habab.

Tahniah kepada Unit Sukan SMK Tun Habab yang telah bertungkus lumus dan semua yang terlibat menguruskan perjalanan Kejohanan Olahraga Tahun 2020.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022