Majlis Penyampaian Watikah Pemimpin Pelajar

Pada 2 Februari 2020 telah berlangsung Majlis Penyampaian watikah Pemimpin Pelajar SMK Tun Habab di Dewan Seri Tun Habab. Pada majlis tersebut, SMK Tun Habab telah menjemput Encik Harizan bin Tukirin (Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi) telah menyampaikan sijil kepada semua barisan pemimpin pelajar yang terdiri daripada pengawas, pengawas Pusat Sumber, pengawas Badan Dakwah dan Kerohanian dan Duta penggerak Digital.

Ketua Pelajar SMK Tun Habab, saudara Mohd Haziq Farhat bin Hasnol Hadi telah mengetuai bacaan Lafaz  Ikrar semua pemimpin. Tahniah kepada semua yang menerima pelantikan pemimpin dan semoga dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi. 

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022