Demam Sukantara Bermula

Pada 30 Januari 2020 telah berlangsung Sukantara SMK Tun Habab. Semua pelajar sesi pagi dan petang terlibat dalam empat acara iaitu melontar peluru, lompat tinggi, lompat jauh dan lari 100m. Semua acara diadakan di padang Asrama Pusat Kota Tinggi.

Tahniah kepada semua pelajar kerana aktif melibatkan pelbagai acara dalam Sukantara. Keputusan rumah sukan akan diumumkan semasa Kejohanan Balapan dan Padang berlangsung.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022