Muhammad Haziq Farhat Menang Kerusi Ketua Pelajar

Penyerahan keputusan Pilihanraya Ketua Pelajar Tahun 2020 kepada cikgu Zakaria bin Abd. Jalil

Pada 19 Januari 2020 telah diumumkan pemenang bagi kerusi Ketua Pelajar bagi tahun 2020. Seramai 5 orang calon telah bertanding iaitu saudari Khaireen Syazwani Izzati Binti Mohd Yazid (Pengerusi Pusat Sumber), saudara Muhammad Hariz Bin Mohd Azhar (Pengerusi Badan Dakwah dan Kerohanian), saudara Muhammad Haziq Farhat Bin Hasnol Hadi (Pengerusi Duta Penggerak Digital), saudara Muhammad Luqman Noorfadil Bin Abd Razak (Pengerusi Student Learder Board) dan saudara Muhammad Daniel Hafie Bin Sahri (Pengerusi Pengawas).

Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil, pengetua SMK Tun Habab telah mengumumkan secara rasmi bahawa saudara Muhammad Haziq Farhat daripada Duta Penggerak Digital telah memenangi 347 undi dan sekaligus menjadi pilihan para pengundi bagi edisi kali ini. Diharapkan saudara Muhammad Haziq Farhat dapat menjalankan tugas dengan kredibiliti dan berintegriti. Tahniah kepada beliau dan Duta Penggerak Digital.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022