Belasungkawa : Allahyarhamah Norjidah binti Aminuddin

Pada tanggal 14 Januari 2020, kita telah kehilangan seorang rakan guru yang berdedikasi iaitu Allahyarhamah Norjidah binti Aminuddin. Allahyarhamah Norjidah pernah menjadi warden Asrama Pusat Kota Tinggi (APKT). 

Beliau yang merupakan orang lama di SMK Tun Habab mengajar mata pelajaran Sejarah terutamanya pelajar Tingkatan 6 aliran kemanusiaan sebelum berpindah ke SMK Tengku Mahmud Iskandar pada tahun 2019. 

Beliau meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar kerana kanser. Semua warga SMK Tun Habab berdoa agar Allah meletakkan rohnya dikalangan orang yang beriman. Moga suami dan keluarga Allahyarhamah Norjidah tabah menghadapi dugaan ini.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022