Pilihanraya Pemilihan Ketua Pelajar

Siapakah calon Ketua Pelajar yang bakal menjadi pilihan warga SMK Tun Habab?

Pilihanraya Pemilihan Ketua Pelajar SMK Tun Habab sesi persekolahan tahun 2020 telah dijalankan di Dewan Seri Tun Habab. Program dimulakan dengaan bacaan Yaasin dan doa. Sebaik sahaja dokumen pilihanraya diserahkan kepada cikgu Zakaria bin Abd. Jalil (pengetua SMK Tun Habab), pengerusi majlis terus mengumumkan pilihanraya akan dimulakan.

Pilihanraya dimulakan dengan tuan pengetua membuat undian diikuti oleh semua guru, staf sokongan dan pelajar Glorious Tun Habab. Pekerja bahagian keselamatan sekolah juga turut sama membuat undian. Pilihanraya ini diuruskan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6 (MPPT6).

Pilihanraya yang dijalankan ini adalah merupakan tahun kedua dimana semua pemilih akan mengundi menggunakan undian secara berkomputer. Terima kasih kepada Encik Amin bin Zainal Abidin (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat) yang telah membangunkan sistem pilihanraya berkomputer bagi versi kedua. 

Tahniah kepada semua calon yang bertanding dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Unit ICT, guru penasihat dan MPPT6.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022