Pembentangan Manifesto Bakal Ketua Pelajar

Sesi memperkenalkan calon Ketua Pelajar Glorious Tun Habab telah berlangsung pada 9 Januari 2020 di Dewan Seri Tun Habab.  Semua calon perlu membentangkan manifesto masing-masing kepada semua pelajar sesi pagi dan petang.

Pilihanraya Ketua Pelajar dijangka berlangsung pada 16 Januari 2020 melibatkan semua guru, staf sokongan dan pelajar untuk memilih calon yang bertanggungjawab, berintegriti dan berkepimpinan. Calon-calonnya adalah terdiri daripada saudari Khaireen Syazwani Izzati Binti Mohd Yazid (Pengerusi Pusat Sumber), saudara Muhammad Hariz Bin Mohd Azhar (Pengerusi Badan Dakwah dan Kerohanian), saudara Muhammad Haziq Farhat Bin Hasnol Hadi (Pengerusi Duta Penggerak Digital), saudara Muhammad Luqman Noorfadil Bin Abd Razak (Pengerusi Student Learder Board) dan saudara Muhammad Daniel Hafie Bin Sahri (Pengerusi Pengawas).

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022