Minggu Orientasi Tingkatan 4

Pada minggu pertama dan kedua sesi persekolahan 2020, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Minggu Orientasi Tingkatan 4. Pelbagai aktiviti telah diadakan oleh cikgu Fazliah binti Yusoff, Guru Kaunselor SMK Tun Habab untuk memperkenalkan aliran baharu dan mata pelajaran yang bakal diambil oleh semua pelajar tingkatan 4. Pelajar boleh memilih aliran masing-masing mengikut keputusan peperiksaan PT dan kecenderungan dalam ujian psikometrik. 

Minggu Orientasi telah dirasmikan penutupannya oleh cikgu Zakaria bin Abd. Jalil, pengetua SMK Tun Habab pada 5 Januari 2020. 

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022