Pelupusan Al Quran dan Kitab

Pada 17 November, 5 dan 8 Disember 2019 yang lalu, Panitia Pendidikan Agama Islam dan pengawas BADAR telah mengadakan kerjasama dengan pengurusan Masjid Jamik Kota Tinggi bagi aktiviti pelupusan Al Quran dan kitab-kitab. Beberapa orang pelajar telah mengikuti program tersebut dan mempelajari cara-cara pelupusan Al Quran yang lama dan kitab-kitab yang tidak digunakan dengan bimbingan daripada Ustaz Syed Muhamad Haniff Bin Syed Mahthar dan Imam Azizul Fahmi Bin Mohd Salleh.

Setiap Al Quran dan kitab-kitab yang hendak dilupuskan akan diasingkan kulitnya dan dicarik menggunakan mesin pencarik (shredding machine). Kemudian dibakar dengan suhu yang tinggi pada tempat pembakaran yang bertutup. Usai proses pembakaran, debu yang terhasil dikumpulkan dalam bekas dan dicampur dengan air. Setelah dikacau sehingga pekat dan akan menghasilkan acuan kek seperti simen tetapi ringan dan dijemur. Akhir sekali debu yang berbentuk kek tadi akan dibuang ke laut.

Tahniah kepada guru penasihat, Ustazah Norhafizah binti Ismail dan pelajar-pelajar yang telah mengikuti program yang bermanfaat ini.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022