Lawatan Sambil Belajar ke Legoland

Unit Kokurikulum SMK Tun Habab telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Legoland, Nusajaya. Lawatan ini memberi peluang dan penghargaan kepada para pelajar yang banyak memberi sumbangan kepada sekolah dalam bidang kokurikulum. Secara tidak langsung dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk menyumbangkan sesuatu kepada sekolah.

Terima kasih kepada pihak Legoland Malaysia kerana telah memberi peluang kepada kami untuk membuat lawatan ke Legoland. Ini merupakan tanggungjawab sosial korporat (Corporate Social Responsibilities) atau komitmen sesebuah organisasi terhadap masyarakat.

Moga inisiatif seperti ini dapat diteruskan oleh pihak Legoland Malaysia pada masa akan datang.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022