#pascaPT3: Lawatan Ke Terengganu

Dua buah rombongan pelajar-pelajar SMK Tun Habab telah diadakan pada 11 hingga 14 November 2019. Rombongan yang bersempena dengan program selepas PT3 dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling yang diketuai oleh Puan Fazliah binti Yusoff yang disertai oleh beberapa orang guru Tingkatan 3.

Rombongan pelajar ini telah mengadakan lawatan ke pejabat operasi Petronas, Masjid Kristal, Pantai Batu Burok, Pasar Payang dan beberapa lokasi menarik di sekitar Terengganu. Mudah-mudahan lawatan ini dapat memberikan pengalaman yang menarik kepada pelajar-pelajar yang menyertainya.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022