SMK Tun Habab Ketiga Piala Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia

SMK Tun Habab gagal mempertahankan kejuaraan dalam Piala Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2019 yang berlangsung pada 25 dan 26 Oktober 2019. Pasukan Glorious Tun Habab ini sekadar menduduki tempat ketiga apabila menewaskan SMK Air Tawar dalam penentuan tempat ketiga dan keempat dengan jaringan 4 – 0. Terlebih dahulu pasukan Glorious Tun Habab seri tanpa jaringan ketika menentang SMKA Bandar Penawar pada peringkat separuh akhir. Rezeki berpihak kepada pasukan SMK Bandar Penawar dalam tendangan penalti (2-1) untuk menentukan pasukan yang layak ke akhir.

Pada peringkat kumpulan, Glorious Tun Habab menewaskan SMK Air Tawar dengan 2 – 1. SMK Pengerang Utama tewas dengan SMK Tun Habab dengan satu gol dalam perlawanan kedua. Seterusnya mengalahkan SMK Adela juga dengan satu gol dan kalah dengan SMK Tan Sri Jaafar Albar dengan 1 – 0.

Tahniah kepada jurulatih dan pasukan DTC-JDT Kota Tinggi.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022