Pasukan DTC-JDT Kulai Johan Piala DTC-JDT

Pertandingan Bolasepak Piala DTC-JDT telah pun berlangsung selama 3 hari iaitu bermula pada 21 hingga 23 Oktober 2019. Berkesudahan dengan satu gol, DTC Kulai berjaya membawa pulang Piala DTC-JDT apabila menewaskan DTC Johor Bahru di Stadium Mini Taman Kota Jaya.

Manakala DTC Kota Tinggi berada di tangga ketiga dalam kumpulan. Semoga pasukan DTC Kota Tinggi akan terus berusaha dan tidak putus asa dalam kejohanan bolasepak pada masa akan datang.

Tahniah kepada tuan pengetua, cikgu Zakaria bin Abd. Jalil dan Jawatankuasa Kejohanan Bolasepak Piala DTC-JDT yang terdiri daripada guru-guru SMK Tun Habab kerana telah menjayakan kejohanan yang berprestij ini.

DTC Kulai merangkul Piala DTC-JDT menewaskan DTC Johor Bahru
Wakil PPD Kota Tinggi, Tuan Haji Zulkifli bin Mohamed menyampaikan pingat kepada DTC Johor Bahru
Jawatankuasa Kejohanan Bolasepak Piala DTC-JDT

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022