Program Ziarah Kasih Glorious

Tuan pengetua SMK Tun Habab, cikgu Zakaria bin Abd. Jalil telah menziarahi cikgu Boopathy a/l Ramasamy di rumahnya. Beliau hadir bersama-sama dengan cikgu Mohd Radzi, cikgu Noor Tashar dan Encik Hisammudin pada 20 Oktober 2019 untuk menyampaikan sedikit sumbangan daripada warga SMK Tun Habab.

Semoga Allah memberi rezeki dan kesihatan yang terbaik buat rakan-rakan kita yang menghulurkan sumbangan. Harapan kami cikgu Boopathy cepat sembuh dan kembali semula bertugas seperti biasa. Kelibat cikgu Boopathy pasti ada dimana-mana apabila tiba musim peperiksaan.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022