Der Deusche Tag 2019

Pada 18 dan 19 Oktober 2019 telah berlangsung Deuscher Tag 2019 atau Hari Bahasa Jerman Peringkat Kebangsaan 2019 di SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Hail, Pedas Negeri Sembilan. Program dirasmikan oleh YB Mohamad Rafie bin Ab. Malik, Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Sembilan.

SMK Tun Habab telah menghantar 5 orang peserta untuk beberapa kategori bagi pertandingan tersebut. SMK Tun Habab menang dalam beberapa kategori. Tempat ketiga bagi kategori Buku Skrap ( 25 peserta ), ketiga bagi kategori Deklamasi sajak ( 9 peserta ) dan tempat keempat bagi kategori Spell-it-right ( 20 orang peserta ). Tahniah kepada guru pembimbing, cikgu Farhana Nabilah binti Samsuddin dan para peserta.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022