#pascapt3 : Ceramah Keselamatan Siber

Pada 15 Oktober 2019, cikgu Khairul Anuar bin Hassan daripada Unit ICT SMK Tun Habab telah menyampaikan ceramah berkaitan dengan keselamatan siber kepada semua calon PT3. Ceramah ini bertujuan untuk memberi panduan kepada para pelajar agar dapat melayari internet dan menggunakan sosial media untuk tujuan yang memberi manfaat pada diri sendiri dan netizen.

Pelajar juga didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang negatif yang boleh menyebabkan mereka terjebak dan tertipu dengan sindiket penipuan wang (scammer).

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022