Warga Glorious Bersamamu Ilham

Pada 13 Oktober 2019, Unit Hal Ehwal Murid yang diketuai oleh cikgu Hamaliah binti Ariffin dan Guru Penolong Kanan Tingkatan 6, cikgu Husna binti Abd. Hadi telah mengunjungi Muhammad Ilham Syah bin Irwan Syah. Turut sama-sama dalam kunjungan berkenaan ialah Ustazah Norhidayah binti Amdan yang bertujuan untuk menyampaikan sumbangan daripada warga SMk Tun Habab.

Cikgu Hamaliah mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga Glorious Tun Habab atas sumbangan kepada Muhammad Ilham . Semoga kalian dilimpahi rezeki yang tidak terhingga dan diberi kesihatan terbaik seisi keluarga. Buat Ilham semoga terus kuat berjuang melawan kanser kerana sesungguhnya setiap penyakit pasti akan ada ubatnya .

Sama-samalah kita berdoa untuk Ilham.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022