Duta Penggerak Digital Menang Pingat Gangsa YIC 2019

Tiga orang Duta Penggerak Digital telah mewakili SMK Tun Habab dalam Young Innovator Challenge (YIC) yang berlangsung di Iskandar Educity, Nusajaya pada 12 Oktober 2019. Pasukan yang terdiri daripada Mohd Aiman Musa, Muhammad Aqasha Bin Roslan dan Azierul Aziemie Bin Yazid yang dibimbing oleh cikgu Khairul Anuar bin Hasan telah memenangi pingat gangsa dengan membawa pulang plak, sijil dan wang tunai RM3000.

Mereka telah mencipta aplikasi dalam telefon pintar untuk mengesan kunci yang hilang. Mereka telah diadili oleh 6 orang hakim pada pusing awal dan 12 orang hakim dalam pelbagai bidang bagi pusingan kedua. Tahniah kepada guru pembimbingan dan para peserta.

Cikgu Khairul Anuar dan peserta Young Innovator Challenge

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022