Program Silatul Qolbi

Pengawas BADAR (Badan Dakwah dan Kerohanian) telah mengadakan program Silatul Qolbi yang diadakan di Air Terjun Kota Tinggi. Program yang bermula pada sebelah pagi ini dimulakan dengan Solat Dhuha di dataran Air Terjun. Kemudian diikuti dengan sesi taklimat dan sarapan pagi. Seterusnya aktiviti gotong royong membersihkan kawasan sekitar air terjun.

Menurut ustazah Norhafizah binti Ismail, program ini adalah merupakan program khidmat masyarakat yang bertujuan menggalakkan pengawas BADAR menyayangi alam sekitar dan memupuk silaturrahim dikalangan ahlinya serta membentuk jaringan dengan masyarakat luar.

Tahniah kepada ustazah Norhafizah dan ustazah Norihan serta pengawas-pengawas BADAR.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022