Karnival Kokurikulum dan Hari Keusahawanan

Karnival Kokurikulum dan Hari Keusahawanan akan berlangsung di SMk Tun Habab pada 27 dan 28 September 2019. Pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang dua hari ini. Semua ibu bapa dijemput hadiri bagi melihat potensi dan bakat anak-anak Glorious Tun Habab.

Acara kemuncak bagi Karnival Kokurikulum dan Hari Keusahawan iaitu Malam Gala Kemerlangan Kokurikulum pada berlangsung pada 27 September 2019 jam 8.00 malam di Dewan Seri Tun Habab. Malam Gala Kokurikulum adalah bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai peringkat dan pelbagai bidang seperti sukan/permainan, unit beruniform dan kelab/persatuan.

Jangan lupa dapat kupon untuk berbelanja semasa program ini berlangsung. Pelajar yang membeli kupon tertinggi akan diberikan hadiah lumayan. Sila dapatkan daripada urusetia Karnival Kokurikulum dan Hari Keusahawanan.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022