Bengkel AAY Chairman Circle

Bengkel All About Youth (AAY) Chairman Circle telah diadakan pada 22 September 20 Dewan Tun Sri Lanang. Seramai 20 orang pelajar tingkatan 1 dan 4 telah menghadiri bengkel kali ini. Program yang dianjurkan oleh Yayasan Petronas ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar bagaimana untuk memasarkan inovasi mereka iaitu penghawa dingi Peltz secara komersil.

Seramai 4 orang fasilitator yang dilantik oleh Yayasan Petronas telah hadir pada bengkel kali ini iaitu Puan Nursyarida binti Mohd Syariff, Puan Wafeeqah binti Mohammad Amin, Puan Hasnah binti Jalaludin dan Encik Shaif Indra bin Iskandar.

Moga bengkel ini dapat membantu pelajar untuk memasarkan inovasi yang mereka hasilkan secara komersil dan secara tidak langsung dapat meningkat keyakinan para pelajar.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022