Program Simulasi Guru Nadi Negara 2019

Pengetua SMK Tun Habab, cikgu Zakaria bin Abd. Jalil telah dijemput mengisi slot dalam Program Simulasi Guru Nadi Negara bagi sesi sebelah petang pada 18 September 2019. Dalam durasi masa 15 minit itu, cikgu Zakaria telah membentangkan tajuk berkaitan dengan kemenjadian pelajar di SMK Tun Habab dengan mengambil Duta Penggerak Digital sebagai topik kajiannya.

Beliau turut mengalu-alukan kehadiran rakan-rakan guru daripada sekolah lain untuk datang ke SMK Tun Habab untuk melihat sendiri aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh Duta Penggerak Digital.

Tahniah kepada cikgu Zakaria, unit ICT dan Duta Penggerak Digital.

Gambar adalah daripada Facebook Guru Nadi Negara.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022