SMK Tun Habab Johan Pertandingan Teater Cerita Rakyat

SMK Tun Habab telah menyapu bersih kategori penting dalam Pertandingan Teater Cerita Rakyat Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat negeri Johor yang berlangsung di Dewan Majlis Produktiviti Malaysia (MPC) di Johor Bahru.

Pada pertandingan berkenaan, Produksi Matahariku telah memenangi johan teater, pengarah terbaik, pelakon lelaki dan perempuan terbaik. Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada guru pembimbinganya, cikgu Ku Sunira binti Ku Johari dan cikgu Norashikin binti Ishak, para pelakon dan kru yang terlibat dalam pementasan teater cerita rakyat pada kali ini.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022