Lawatan ke Karnival #MyDigitalMaker

Duta Penggerak Digital telah dijemput untuk mengadakan lawatan ke Karnival #MyDigitalMaker yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibiton Center di Kuala Lumpur oleh pihak MDEC ( Malaysia Digital Economy Corporation).

Rombongan yang terdiri daripada 30 orang pelajar Duta Penggerak Digital bersama-sama 6 orang guru termasuk Guru Penolong Kanan Kokurikulum, cikgu Norzita binti Yunos telah menyertai pelbagai aktiviti dan pameran yang diadakan. Pelbagai syarikat besar dan Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta turut membuat pameran yang berkaitan dengan tekbnologi dan ICT.

Semoga lawatan ini dapat membuka minda pelajar-pelajar agar dapat memanfaatkan bidang teknologi dalam pendidikan dan untuk masa depan yang lebih cerah.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022