Karnival Kimia Johor 2019

Pada 15 September 2019, Universiti Teknologi Malaysia telah menganjurkan Karnival Kimia Johor. SMK Tun Habab telah menghantar beberapa orang peserta dan guru yang diketuai oleh Guru Kanan Mata Pelajaran Sains dan matematik untuk menyertai karnival tersebut.

Pada beberapa pertandingan, pasukan Glorious Tun Habab mendapat tempat kedua dalam kategori demonstrasi kimia oleh Sharveena a/p Saravanan dan Suvarna a.p Sivamani. Manakala dalam kuiz olimpiad kimia, Lai Chin Fang dan Ng Jun Bin menduduki tempat keempat. Tahniah kepada guru dan semua peserta.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022