Glorious Tun Habab Kelima Pertandingan Dron Antarabangsa

Pada 15 September 2019, Duta Penggerak Digital SMK Tun Habab telah menghantar 2 buah kumpulan untuk menyertai Pertandingan Robotik Antarabangsa 2019 atau International Robotics Competition 2019 (IRC 2019) yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa.

Glorious Tun Habab telah menyertai 2 kategori iaitu Drone dan Trashure Hunt. Bagi kategori Drone, pasukan Glorious Tun Habab berjaya ke peringkat akhir dan berada di tempat kelima dengan mencatat masa 15 saat di bawah pasukan daripada Indonesia dan Politeknik Sultan Abdul aziz Shah.

Manakala bagi kategori Trashure Hunt, Glorious Tun Habab mengutip 30 mata, lebih baik daripada kutipan mata pada tahun 2018 pada pertandingan yang sama dan gagal untuk ke pusingan akhir. Hanya 16 pasukan sahaja yang layak ke akhir daripada 37 buah pasukan. Tahniah kepada guru pembimbing dan semua peserta.

Glorious Tun Habab pada pusingan akhir
Top 5 pusingan akhir
Pasukan Glorious Tun Habba dalam kategori Trashure Hunt
Bregambar dengan 3 buah pasukan daripada Indonesia dan politeknik
Keputusna akhir kategori Dron

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022