SMK Tun Habab Naib Johan Hari Kebangsaan

Pasukan penilai Pertandingan Hiasan Bangunan Sempena Hari Kebangsaan telah hadir ke SMK Tun Habab. Mereka yang terdiri daripada 5 orang pegawai dari pelbagai jabatan telah menilai pada 28 Ogos 2019.

Lima orang pegawai yang turun untuk menilai Pertandingan Hiasan Bangunan sempena Hari Kebangsaan

Seterusnya, SMK Tun Habab telah diumumkan sebagai naib johan Pertandingan Hiasan Bangunan bagi kategori sekolah di Padang Bukit Kerajaan Kota Tinggi. Tahniah kepada semuya warga SMK Tun Habab terutamanya kepada panitia sejarah kerana telah bertungkus lumus menghias sekolah mengikut tema Hari Kebangsaan ke 62.

Cikgu Harison Rizal membaca ikrar sempena sambutan Hari Kebangsaan

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022