Program Ziarah Kasih Glorious

Unit Kebajikan Hal Ehwal Murid telah mengadakan Program Ziarah Kasih Glorious yang diketuai oleh cikgu Hajah Hamaliah binti Ariffin. Beliau yang mewakili pengetua SMK Tun Habab, cikgu Zakaria bin Abd. Jalil bersama-sama rakan-rakan guru SMK Tun Habab telah menziarahi cikgu Rahmazaniza binti Md. Amin dan cikgu Nadia Nurulzana binti Hamid pada 2 September 2019.

Sumbangan daripada rakan-rakan guru dan kakitangan sekolah telah disampaikan kepada semua penerima. Semoga Allah memberi rezeki dan kesihatan yang terbaik buat rakan-rakan kita. Didoakan agar Allah memberi kekuatan, kesembuhan dan meringankan segala kesulitan kepada sahabat-sahabat kita yang sedang diuji. Pastinya Allah akan meningkatkan darjat keimanan kerana reda ketika sedang diuji.

Semoga Allah kurniakan kekuatan dan kesembuhan kepada cikgu Rahmazaniza
Semoga cikgu Nadia sabar dan dipermudahkan segala urusan

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022