Kejohanan Kriket Peringkat Negeri Johor

Pasukan Kriket SMK Tun Habab gagal meneruskan cabaran pada Kejohanan Kriket Juara-Juara Sekolah tahun ini. Kejohanan Kriket Juara-Juara Sekolah pada tahun ini berlangsung pada 23 hingga 36 Ogos 2019 di SM Sains, Muar. Pasukan Glorious Tun Habab tidak dapat mengekalkan pencapaian selaku naib johan pada tahun lepas dalam kejohanan pada kali ini.

Keputusan perlawanan pertama di antara SMK Tun Habab, Kota Tinggi (84) vs SMK Sultan Alauddin Riayat Syah 1, Muar (130). SMK Sultan Aluddin Riayat Syah 1 menang dengan 45 larian. Keputusan perlawanan kedua di antara SMK Tun Habab, Kota Tinggi (45) vs SM Sains Kota Tinggi, Pengerang (62). SM Sains menang dengan 17 larian. Setinggi-tinggi penghargaan kepada jurulatih dan para pemain

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022