Program Kayuhan Jalur Gemilang

Program Kayuhan Jalur Gemilang adalah salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Tinggi sempena Bulan Kemerdekaan peringkat daerah Kota Tinggi. Konvoi berbasikal yang terdiri daripada para pegawai PPD ini diketuai oleh tuan PPD iaitu Tuan Haji Mohd Fadhil bin Ishak. Konvoi Kayuhan Jalur Gemilang ini melawat sekolah-sekolah yang berdekatan lokasi PPD bermula di SJK(C) Pei Hwa hingga ke SMK Tun Habab. Majlis diakhiri dengan penyerahan Jalur Gemilang kepada pengetua SMK Tun Habab, cikgu Zakaria bin Abd. Jalil dan nyanyian lagu-lagu patriotik.

Merdeka!

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022