Program Fellowship Tingkatan 6

Program Fellowship Tingkatan 6 telah berlangsung di Dewan Seri Tun Habab pada 22 Ogos 2019. Program yang bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di antara pelajar tingkatan 6 Semester 3 dan Semester 1 ini dikelolakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6 (MPPT6) sesi 2018/2019.

Menurut pengerusi program iaitu saudara Mohd Shah Adam bin Md. Khalid, objektif program ialah melahirkan pelajar yang aktif, cergas dan proaktif selain daripada berfikir dengan lebih matang dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar tingkatan 6.

Program yang bermula pada jam 10.30 pagi ini telah melibatkan banyak aktiviti yang membina semangat berpasukan, berkomunikasi dengan baik dan kerjasama seperti Ice Breaking. Queen Dodgeball, Secret Killer, Crazy Baller dan lain-lain lagi. Program yang tamat pada jam 4.30 petang diakhiri dengan sesi bergambar. Tahniah kepada guru dan pelajar yang terlibat.

.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022