Bahang Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6

Bahang pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6 (MPPT6) mula terasa pada minggu ini. Pilihanraya kali ini bertujuan untuk memilih barisan pemimpin yang bakal menggalas tanggungjawab memimpin pelajar tingkatan 6 bagi sesi 2019/2020. Semua calon telah menaikkan poster masing-masing dengan manifesto yang menarik.

Pilihanraya berkonsepkan undian secara elektronik yang bakal diadakan pada 28 Ogos 2019 ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengurus pilihanraya secara sistematik dan memberi peluang kepada pelajar untuk memilih pemimpin yang boleh menjalankan tanggungjawab dengan baik, berkredibiliti tinggi, berintegrisiti dan bersih daripada aktiviti yang negatif.

Selamat mengundi!

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022