Pelancaran Bulan Kemerdekaan Meriah

Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah telah berlangsung dengan meriah pada 21 Ogos 2019 di Dewan Seri Tun Habab. Bulan Kemerdekaan yang dirasmikan pengetua SMK Tun Habab, Encik Zakaria bin Abd. Jalil telah menjemput penceramah jemputan iaitu Tuan Haji Amad Bahri bin Mardi yang merupakan Setiausaha Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kota Tinggi. Beliau menyampaikan ceramah Apresiasi Kemerdekaan kepada semua pelajar.

Peperangan dengan penjajah mejadi gimik pelancaran Bulan Kemerdekaan dan menurunkan bendera Union Jack dengan menaikkan bendera Malaysia. Majlis yang dianjurkan oleh Panitia Sejarah SMK Tun Habab ini diakhiri dengan nyanyian lagu-lagu patriotik dan lagu Anak Suria. Pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang bulan ini dan pelajar boleh menyertai nyanyian lagu patriotik, deklamasi sajak, melukis mural kemerdekaan, membuat sepanduk (banner) kemerdekaan dan sebagainya yang dikelolakan oleh bidang kemanusiaan yang dipimpin oleh Ustazah Fadzilah binti Mohd Ali, Guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusiaan. Tahniah kepada semua guru dan pelajar yang terlibat menjayakan Bulan Kemerdekaan.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022