Larian Tautan Kasih Tingkatan 6

Pada 27 Julai 2019 telah berlangsung Larian Tautan Kasih peringkat kebangsaan yang diadakan di Stadium Kluang, Johor. Larian Tautan Kasih adalah anjuran SMK Sultan Abdul Jalil dengan kerjasama PPD Kluang dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor, bukan sahaja melibatkan pelajar tingkatan 6 seluruh negara bahkan juga peserta dari luar negara.

Pada pertandingan ini kali ini, pelajar tingkatan 6 Semester 1, Nazrul Fahmi telah berjaya menduduki tempat keenam. Manakala cikgu Boopathy a.l Ramasamy telah berjaya menumpaskan semua peserta dengan menduduki tempat pertama bagi kategori senior. Tahniah diucapkan kepada semua guru dan peserta yang menyertai larian ini.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022