Glorious Estrella Tempat Ketiga AAY 2019

Tahniah kepada pasukan Glorious Estrellah kerana telah berjaya mendapat ketiga dalam Pertandingan Sinaran Harapan All About Youth 2019 peringkat kebangsaan. Pertandingan yang bermula pada 5 hingga 7 Ogos 2019 ini telah diadakan di Hotel Muzaffar Syah, Melaka. Hnaya 5 buah sekolah yang terpilih ke peringkat kebangsaan.

Johan telah disandang oleh Terengganu dan naib johan jatuh kepada pasukan dari negeri Sabah. SMK Tun Habab telah membawa pulang wang tunai RM5000, sijil, plak dan Rm500 kepada semua peserta dalam bentuk simpan SSPN-i.

Tahniah kepada cikgu Zakaria bin Abd. Jalil, pengetua SMK Tun Habab kerana telah menerima anugerah Pengetua Awesome pada pertandingan kali ini atas komitmen beliau yang tinggi. Tahniah kepada semua guru pembimbing, para peserta dan semua warga SMK Tun Habba kerana telah memberikan sokongan padu untuk pertandingan kali ini.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022