Tempat ketiga Pesta Pantun Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan tahun 2019

Pasukan Genta Seri Habab daripada SMK Tun Habab diwakili oleh Nurdanisha binti Zainal Abidin , Nur Fatin Nadiah binti Mohd Zake, Syahirah binti Mohd Radzi, Mohd Alif bin Mohd Akmal dan Mohd Taufiq bin Basran bersama jurulatih Puan Nurashikin Ishak dan Puan Ku Sunira binti Ku Johari yang mewakili Negeri Johor telah mendapat tempat ke 3 dalam Pesta Pantun Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan tahun 2019. Pasukan Genta Seri Habab yang bermula dengan pertemuan antara pasukan Wilayah Persekutuan Labuan di pusingan Awal pertama terus mara dengan menewaskan pasukan tersebut dan bertemu dengan Negeri Sembilan di Pusingan Awal kedua dan pada pusingan suku akhir bertemu dengan pasukan Negeri Melaka. Namun begitu kemaraan itu tewas di pusingan separuh akhir di mana Pasukan Genta Seri Habab tewas kepada Johan Pesta Pantun Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan tahun 2019 iaitu Negeri Kedah.
Pesta Pantun Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2019 yang telah berlangsung pada 19 hingga 21 Julai 2019 di negeri Selangor cukup memberi pengalaman yang berharga dan semangat kepada peserta pantun Glorious Tun Habab untuk terus berusaha memartabatkan warisan Pantun agar tidak hilang di telan zaman.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022