SMK Tun Habab Johan Bola Jaring Tingkatan 6

Pada 22 hingga 23 Julai 2019 telah berlangsung Karnival Sukan Tingkatan 6 daerah Kota Tinggi. Pelbagai pertandingan telah diadakan seperti pertandingan futsal, bola tampar dan bola jaring di pelbagai lokasi sekitar Kota Tinggi.

Unit Kokurikulum Tingkatan 6 SMK Tun Habab telah mengelolakan pertandingan bola jaring Tingkatan 6 di Dewan JKR pada 22 Julai 2019. Pada pertandingan itu, pasukan Glorious Tun Habab telah mencipta hatrik apabila berjaya menewaskan pasukan SMK Bandar Mas untuk leyak menjadi johan. ini merupakan kemennagan ketiga apabila SMK Tun Habab turut menjadi johan pertandingan bola jaring bawah 15 tahun dan 18 tahun. Tahniah diucapkan kepada pengurus, jurulatih dan para pemain.

Berjaya menjadi pengelola pada tahun kelima berturut-turut

Selain itu SMK Tun Habab turut menghantar pasukan dalam acara futsal yang berlangsung di Dewan Futsal Taman Kota Jaya dan menduduki tangga ketiga. Manakala pasukan bola tampar Glorious Tun Habab gagal meraih sebarang tempat apabila tewas pada pusingan awal kalah mati. Walau bagaimanapun, ucapan terima kasih kepada pengurus, jurulatih dan para pemain kerana bertungkus lumus mewakili sekolah dalam semua aktiviti sukan.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022