Nurfarzana Atiqah Layak Ke Kebangsaan

Pada 11 hingga 13 Julai 2019 telah berlangsung Kejohanan Catur MSSJ di SMKA Lughatul Quran, Tangkak. Beberapa orang pelajar Glorious Tun Habab telah mewakili daerah Kota Tinggi pada pertandingan tersebut. Pada pertandingan  catur kali ini, Nurfarzana Atiqah binti Mohd Zolkarnaine iaitu pelajar tingkatan1 Al Biruni telah menduduki tangga kelapan dan layak ke Kejohanan Catur MSSM yang bakal berlangsung di Putrajaya pada 2 hingga 8 Ogos 2019.  Walaupun gagal memenangi tempat terbaik namun anda tetap juara dihati kami. Tahniah kepada guru penasihat dan semua peserta. 

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022