SMK Tun Habab Johan Karnival Bahasa Inggeris

SMK Tun Habab terus unggul dalam Karnival Bahasa Inggeris daerah Kota Tinggi apabila diumumkan sebagai johan keseluruhan karnival Bahasa Inggeris berturut-turut pada Majlis Perasmian Penutupan Karnival Bahasa Inggeris pada 16 Julai 2019 di Dewan Bandaran Penawar, Bandar Penawar. Beberapa pertandingan telah berlangsung di beberapa lokasi di sekitar Kota Tinggi dan Bandar Penawar. Glorious Tun Habab diumumkan johan Choral Speaking, Scrabble, Poetry Recitation dan Drama bagi kategori Sekolah Menengah. Manakala Public Speaking dan Parliamentary Debate berada di tangga ketiga. Untuk rekod, SMK Tun Habab unggul apabila telah memenangi johan keseluruhan bagi karnival Bahasa peringkat daerah Kota Tinggi. Tahniah kepada panitia Bahasa Inggeris dan para peserta.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022